Football Club

SELAMAT DATANG KE KELAB PBSDSPU

Terokai pengenalan, misi, visi dan objektif kelab PBSDSPU

Logo Persatuan

SPU Logo

Kuning - Kepercayaan antara ahli persatuan

Biru - Kesetiaan ahli persatuan terhadap persatuan

Hijau - Keharmonian dan kemesraan dalam persatuan

PENGENALAN

Persatuan Bola Sepak Daerah Seberang Perai Utara (Baru) telah berjaya didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 7 Ogos 2017 setelah Persatuan Bola Sepak Daerah Seberang Perai Utara yang lama telah dibatalkan pendaftaran pada tahun 2010. Persatuan ini telah berjaya menganjurkan Kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Seberang Perai Utara 2018/2019 mulai 2 September 2018 hingga 3 Mac 2019. Ada pemain-pemain yang bermain dalam kejohanan ini telah mendapat tempat dalam pasukan Belia, pasukan Piala Presiden dan pasukan utama Pulau Pinang bagi tahun 2020. Malahan ada pemain telah mendapat tempat dalam pasukan Malaysia bawah 23 tahun.


Kejohanan Bolasepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Seberang Perai Utara sebelum ini telah berjaya melahirkan pemain-pemain yang hebat di dalam Daerah Seberang Perai Utara yang telah mewakili negeri dan negara. Antara pemain-pemain tersebut ialah Datuk Shukor Salleh, Datuk Mohamad Bakar, Dato’M.Kuppan, Jelani Wilastera, Dzulkifli Ali, Aziz Azizan, Salehuddin Che Ros, Mat Saiful Mohamad, Khan Hang Meng, Moay Kok Hong, Chong King Kong, Mohd Azmi Ali, Fuad Md Noor, Abdul Rahim Hassan, Roslan Rahim dan Zulhisyam Jamaluddin.


Persatuan Bola Sepak Daerah Seberang Perai Utara (Baru) meneruskan Kejohanan Bola Sepak di mana Pertandingan Piala Fa telah bermula pada 28 Disember 2019 dan Liga Div 3 telah bermula pada 6 Mac 2020. Kedua-dua pertandingan tersebut tidak dapat dihabiskan akibat Pandemik Covid 19. Pada tahun 2022, Kejohanan Bola Sepak dimulakan dengan baki perlawanan Piala Fa 2019/2020 dan Liga Div 3 di mana kedua-dua kejohanan itu telah pun tamat. Seterusnya Liga Div 2 dan Liga Div 1 akan diadakan mulai 28 Ogos 2022.


Persatuan Bola Sepak Daerah Seberang Perai Utara (Baru) mempunyai 42 Ahli Gabungan yang terdiri daripada Kelab Bola Sepak dalam Daerah Seberang Perai Utara.

MISI

Aktif melaksanakan aktiviti sukan bola sepak kearah mencungkil bakat-bakat baru yang dapat menyumbang kepada negeri dan negara

VISI

Menjadi Persatuan yang cemerlang dan melahirkan pemain bola sepak yang berbakat serta menyatupadukan seluruh ahli gabungan.

OBJEKTIF

1. Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak dan futsal di kalangan ahli-ahli.

2. Mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan bola sepak dan futsal di peringkat kelab dalam Daerah Seberang Perai Utara.

3. Memilih pemain bagi mewakili Persatuan Daerah Seberang Perai Utara dalam mana-mana pertandingan bola sepak dan futsal.

4. Bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah